Saffron / zaffaran @ crocus sativus merupakan herba yg termahal
didunia.1 gm saffron mencecah harga RM 38 untuk grade
terbaik...khasiatnya jangan tak tau yer ..macam2 terutama untuk
kecerdasan otak dan minda.
Biasa kita guna untuk masakan nasi
briyani dan nasi arab tapi ramai yang masih belum mengetahui kebaikan
saffron untuk kesihatan.
Ramai yang bertanya boleh ker saffron hidup di Malaysia...jawapan saya BOLEH
Saffron ni asalnya bukan dari negara2 Eropah yer..tumbuhan ni dah
beribu2 tahun terkenal di middle east dan hidup subur di kawasan
berpasir dan panas kering. Jadi sebelum kita menafikan mari saya
jelaskan sedikit tentang tanaman saffron.
* Benih saffron berbentuk bebawang yg disalut sabut halus
* Saffron yg digunakan sebagai herba adalah dari stigma bunga @ filament yg berwarna merah.
* bebawang saffron tahan beberapa bulan di tempat kering..bila tunas
sudah mula keluar dari bebawang..tandanya bebawang perlu disemai segera.
* Ada yg kata bebawang perlu di dormantkan seketika di dalam peti
ais seperti bebawang dari Eropah cth Tulip, Gladiolus dan lili...SALAH
Bebawang saffron berehat pada musim panas di negara 4 musim dan mula
berbunga pada musim luruh!! Apa maksudnya disini?... Maksudnya origin
saffron adalah dari negara beriklim panas dan perlukan cuaca yg betul2
panas dan kering untuk berehat dan induce bunga...last pada musim dingin
hanya tinggal daun sahaja yg akhirnya akan mengering.
Pada masa ni
bebawang boleh dikorek kerana benih asal akan multiply. So dari satu
biji bawang akan menjadi 2 atau 3.
* Disebabkan benih saffron dari
bebawang maka..air dan siraman berlebihan akan menyebabkan bebawang
membusuk...jgn risau beb..dlm bebawang tu dah cukup simpan kandungan air
dan nutrient...top up sikit2 udah...x perlu nak mandikan macam baby.
Mandi hujan? NO
* cahaya matahari kena banyak...lagi panas lagi bagus
so nak bagi dia cahaya yg cukup dan terlindung dari hujan lebat di
negara Malaysia ni lagi2 bila musim tengkujuh...bagus di tanam di bawah
lindungan hujan...x mampu buat...guna pasir kasar sebagai medium
tanaman..x simpan airkan?
Spray air campur baja foliar sikit dah
cukup.Bila bunga dah kembang kutip stigma jer x perlu petik
bunganya...at least boleh menikmati keindahan bunganya untuk waktu yg
lama. Satu bebawang tu boleh hasilkan beberapa kuntum bunga untuk satu
musim.
* Stigma saffron tu perlu dikeringkan dan disimpan di dalam botol kaca sebulan baru aroma dan bau naik dan sedia digunakan.
Sekian dulu....pos ini terbuka kepada perbincangan dan saya galakkan
anda semua cari maklumat lebih dan jangan dengar kata2 negatif dan x
proaktif dari golongan Xx.
Happy gardening
sumber