Antara jenis figs terbaik adalah varieti yang dipanggil sebagai "Brown Turkey" yang mana ia mempunyai kulit coklat kemerahan, isi warna merah dan rasa yang manis (Lihat foto diatas). Kebanyakan buah figs ditanam dikawasan Mediterranean seperti Turki, Iran dan Mesir dan juga beberapa negara seperti Sepanyol, Portugal serta Greece. Kini tanaman buah figs telah berkembang ke USA, Argentina, Australia dan telah pun ditanam secara komersil penanamannya untuk pengeluaran buah segar. Apa yang saya baca daripada buku "Temperate and Sub-tropical Fruit Production" terbitan CABI International (2011) telah pun menyatakan, buah figs merupakan jenis buah yang dikaitkan dengan keagamaan sama ada agama Islam dan agama lain seperti Kristian, Budda, Hindu dan sebagainya.
Semakan saya mendapati anggaran pengeluaran buah figs seluruh dunia sekitar 700,000 mt pada tahun 2010 (Laporan FAO Statistics). Negara utama yang menghasilkan buah figs didunia masa ini adalah Turki (sebanyak 255,000 mt/tahun) diikuti dengan negara Mesir (185,000 mt/tahun), Algeria (99,000 mt/tahun), Iran (76,500 mt/tahun) dan Morocco (74,000 mt/tahun). Lagi 16 varieti buah figs yang telah ada di tanam di Malaysia untuk dijadikan rujukkan semua pembaca dalam Part 2.
9) TENA
Warna buah hijau cerah dengan saiz sederhana. Kulitnya agak tebal dengan warna isi agak cerah.
10) ALBACOR
Varieti
ini mempunyai warna kulit yang merah gelap kehitaman apabila cukup
masak. Mempunyai isi yang baik dan mendapat permintaan baik dipasaran.
11) BELLONE
Varieti
ini juga mempunyai warna kulit yang merah atau ungu gelap apabila
masak. Bentuk buahnya juga menarik seperti bentuk pear dengan ini yang
manis apabila cukup masak.
12) SALEM DARK
Varieti
ini mempunyai warna kulit hijau kemerahan gelap apabila ia masak.
Paling istimewa adalah isinya yang berwarna merah kuat dan manis.
13) BERGUNYA
Varieti
ini sedrhana besar dengan warna kulit hijau cerah walau pun cukup
masak. Bahagian isinya mempunyai warna merah pucat dan kandungan gulanya
tidak berapa tinggi.
14) FLANDERS
Varieti
ini sekali pandang macam jambu bol. Warna kulit buah yang masak hijau
dengan sedikit jalur warna kemerahan dan mempunyai tangkai agak panjang.
Citsrasa isi yang sedrhana dan disukai ramai.
15) MASUL DOLPHINE
Varieti
ini istimewa kerana ia mempunyai warna kulit yang merah kuat dengan
saiz buah sederhana besar. Bentuk buahnya juga separa bulat lonnjong dan
buah synconium ini mempunyai isi yang manis.
16) NAPOLITANA NEGRA
Varieti
ini apa bila cukuo masak mempunyai warna kulit yang sekata merah
gelapnya. Bahagian tangkai juga selalu berwarna merah kecuali yang
melekat didahan. Varieti ini mempunyai tekstur isi yang paling bermutu
kerana isinya adalah padat dan rasa manis. Mendapat harga premium
dipasaran.
Semua
16 varieti Figs yang telah berada di Malaysia ditanam dengan
kebanyakannya dikawasan keliling rumah dan kawasan kebun persendirian.
Benih-benih ini dibawa masuk ke dalam negara melalui keratan batang dan
pelbagai kaedah lain. Wasallam!.