Antara jenis figs terbaik adalah varieti yang dipanggil sebagai "Brown Turkey" yang mana ia mempunyai kulit coklat kemerahan, isi warna merah dan rasa yang manis (Lihat foto diatas). Kebanyakan buah figs ditanam dikawasan Mediterranean seperti Turki, Iran dan Mesir dan juga beberapa negara seperti Sepanyol, Portugal serta Greece.
Kini tanaman buah figs telah berkembang ke USA, Argentina, Australia dan telah pun ditanam secara komersil penanamannya untuk pengeluaran buah segar. Apa yang saya baca daripada buku "Temperate and Sub-tropical Fruit Production" terbitan CABI International (2011) menyatakan, buah figs merupakan jenis buah yang dikaitkan dengan keagamaan sama ada agama Islam dan agama lain seperti Kristian, Budda, Hindu dan sebagainya. Semakan saya mendapati anggaran pengeluaran buah figs seluruh dunia sekitar 700,000 mt pada tahun 2010 (Laporan FAO Statistics).
Negara utama yang menghasilkan buah figs didunia masa ini adalah Turki (sebanyak 255,000 mt/tahun) diikuti dengan negara Mesir (185,000 mt/tahun), Algeria (99,000 mt/tahun), Iran (76,500 mt/tahun) dan Morocco (74,000 mt/tahun). Mengenai 16 varieti buah figs yang telah ada di tanam di Malaysia untuk dijadikan rujukkan semua pembaca dalam Part 1.
1) CONADRIA
Varieti
ini mempunyai warna kulit masih hijau walau pun sudah cukup masak.
Isinya berwarna merah pucat dengan rasa manis yang sesuai dimakan
apabila masak ranum.
2) DALMANTE
Varieti
ini dikelaskan sebagai antara figs yang bersaiz sederhana besar dengan
warna kulit masih hijau walau pun masak. Ia merupakan figs yang
dikomersilka untuk dimakan segar dan diproses.
3) NAGRONE
Varieti
ini bersaiz agak kecil sedikit dengan warna kulit merah gelap apabila
cukup masak. Isinya agak padat dengan rasa yang manis.
4) RED EYGPT
Varieti
ini mempunyai warna kulit merah kuat apabila cukup masak. Ia mempunyai
ira isi berwarna keputihan (cream colour) dengan rasa sederhana manis.
5) RED KHURIMANI
Varieti
ini juga jenis berkulit merah kuat apabila masak dipokok. Bentuk dan
saiz buah yang menarik dan mempunyai permintaan yang tinggi dikalangan
pembeli.
6) RED LIBYA
Varieti
ini bersaiz agak sederhana besar dengan warna kulit merah kehitaman
apabila masak. Bentuk buah yang menarik (synconium shape) dengan isi
yang manis. Menjadi salah satu komoditi figs untuk pasaran eksport.
7) SALEM DARK
Varieti
ini mempunyai kuit coklat hijau kehitaman dengan kulit yang kurang
berkilat. Isinya mempunyai bentuk ira yang membulat dengan warna merah
kuat. Varieti ini mempunyai nilai pasaran agak tinggi.
8) SULTANE
Varieti
ini mempunyai warna kulit merah gelap kehijauan dengan bentuk yang
kurang sekata. Kulit buah kadang-kadang tidak licin berkilat seperti
buah figs lain.
Potensi
penanaman buah figs di Malaysia masih ditahap baru dimana belum ada
kajian rasmi dijalankan oleh pihak badan penyelidikkan yang telah
membuat pengesyoran varieti. Semua vareiti figs ini dibawa masuk secara
'illegal' kemungkinannya atau ada yang cuba membawa masuk melalui
saluran sah. Kesemua 16 varieti figs yang ada ditulis dalam blog ini
hanya sebahagian daripada berpuloh lagi yang penulis tidak sempat hendak
tulis. Mungkin ada jenis buah yang sama tetapi dinamakan berlakinan
oleh usahawan berasaskan kepada sumber dimana punca asal benih tersebut.
Adalah lebih baik pihak tertentu mendaftarkanvarieti figs yang ada ini
dalam Senarai Pendaftaran Varieti Nasional (National Vatiety Listing) di
Jabatan Pertanian Malaysia dimasa akan datang. Cara ini akan
membolehkan pihak berwajib membuat pemantauan dan pencirian kualiti
varieti akan dapat dilaksanakan. Wasallam!.