BREAKING NEWS

Pokok Zaitun

Teknologi

Baja

Berkebun Untuk Sihat?

Saya memang ada passion for gardening. I love gardening and in fact pada tahun 2008, selepas menjalani kimoterapi/radiasi/Herceptin, pada keesokkan harinya saya akan ke kebun untuk mencangkul dan menanam pokok, merumput atau menebas lalang/tumbuhan. Saya percaya bahawa gardening is good for healing bagi pesakit kanser. I am saying this through my experience. Tetapi dalam membuat gardening anda perlu listen to your body. Do not go overboard. Jika letih dan penat, perlulah berhenti untuk rehat dan relaks. Until today I am still doing my fardening during weekends and in the evening. I talk to the plants and ambil kesempatan mencium keharuman yang datang dari bunga yang saya tanam.

Pokok-pokok buah-buahan yang saya tanam pada tahun 2008 ada yang telah mula mengeluarkan hasil. Dapatlah kami makan buah rambutan, mangga, limau kasturi, kedondong,ciku, daun limau perut dan lain-lain lagi disamping ulam-ulaman seperti daun ulam raja, pucuk tenggek burung, pucuk lamuni,daun tujuk jarum,daun sambung nyawa dan lain-lain lagi. Hasil ini kami panjangkan juga kepada jiran,saudara-mara dan kawan-kawan di pejabat.

Pada hari tersebut kami merupakan peserta pertama yang hadir. Saya begitu teruja untuk mengikuti ceramah ini, lebih-lebih lagi ianya dikendalikan oleh TUAN HAJI RAHIM BIN RASHID yang pada suatu masa dulu muncul di TV1 (Home Gardening) memberi tips tentang gardening. Berikut saya perturunkan ilmu yang kami pelajari untuk dikongsi bersama.



Campuran Tanah

Tanah yang telah siap di adun
 Letakkan serpihan pasu pecah

 Susun serpihan pasu pecah
Letakkan tanah yang telah diadun di atas serpihan pasu pecah

1. Percampuran tanah (untuk potted plant)

- Tanah Lom (top soil)- Tiga bahagian
- Bahan organik seperti tanah gambut atau serkam padi atau cocoa fibre,
atau sabut kelapa atau saw dust atau daun/rumput yang telah dipotong/kumpul
(gunakan untuk di compose dengan mencampurkan dengan air ikan dan simpan untuk
beberapa hari sebelum digunakan)- Dua bahagian
- Pasir sungei - satu bahagian

Bahan-bahan diatas dicampurkan dan dimasukkan kedalam pasu bunga sebelum pokok bunga ditanam.

 Antara baja yang digunakan
 Baja MAPA
Baja Bio Organik BOKASHI
2. Baja

- Carilah baja organik untuk memberi nutiren Nitrogen (8%), Phosphate(8%) dan
Kalium (8%)seperti baja organik iaitu 'baja kopi'.Bahan organik lain seperti
tahi lembu, ayam dan kambing boleh digunakan.

- Best is to use baja organik Nitrogen(N), Phosphate(P) dan Kalium(K)

(a) Baja phoshate adalah untuk perkembangan akar.
(b) Baja kapur pertanian (Lime Stone/ Dolomite) adalah untuk seimbang tanah
/top soil yang acidic
- Untuk membuat baja bagi amaun satu meter padu memerlukan:
- N+P+K (1.2kg)
- Fosfate (1.2kg)
- Kapor Pertanian (600gm)

- Untuk membaja pokok bunga dalam pasu terdapat 4 cara iaitu:

(i) Tabur rata - Cucuk-cucuk tanah dan tabur pada pokok(30/40 gm/1 tablespoon)
(ii) Poket - Buat poket/lubang dan masukkan baja dan kemudiannya tutup lubang
tersebut dengan tanah
(iii) Jalur/Trench - Buat longkang dan kemudiannya letak baja dan tutup longkang
tersebut dengan tanah
(iv) Baja foliar (Baja campur air)

* Lepas baja hendaklah siram pokok dengan air.

 Cara Tot pokok
 Proses penyemaian 
 Hasil proses penyemaian
Cara mencantas pokok
3. Pest and Disease

Cara berikut boleh dicuba untuk mengatasi pest dan disease pada pokok:

- Buat stok dengan campuran berikut:
- 1 liter air
- 1 sudu besar vegetable oil
- 1 sudu besar detergent/sabun
- 4/6 ulas bawang putih yang dititik(Sebab garlic contain sulphur untuk cegah
kuman/disease.
* Campur semua ramuan diatas dan simpan 10 hingga 15 minit. Sukatannya
adalah untuk 1 bahagian stok dicampurkan dengan 4 bahagian air dan
kemudiannya disiram pada pokok seminggu sekali. Sebagai tambahan, stok diatas
boleh dicampurkan dengan salah satu minyak (4/6 drops only) berikut:
- minyak serai wangi
- Tea tree oil
- Eucaplytus oil
- Neem oil
- minyak basil
* Campuran stok diatas bolehlah juga dicampur dengan 2/3 sudu cili boh bagi
memberi impak yang lebih kuat untuk mengatasi disease.

Selamat mencuba pada pembaca blog ini. Mesejnya ialah pembaca perlu ada hobi untuk mengisi masa lapang supaya tidak memikirkan sangat tentang penyakit yang dideritai dan yang terbaik mengikut pengalaman saya adalah gardening.

Sumber asal
 
Copyright © 2013 D Kebun
Blogger Template Free Download. Powered byBlogger