BREAKING NEWS

Pokok Zaitun

Teknologi

Baja

25 Kultivar Pokok Zaitun Part 1

BUAH ZAITUN atau Olive (Olea europaea) dihasilkan dari pokok zaitun yang merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Oleaceae. Pokok dan buah zaiton merupakan tumbuhan paling tua didunia dengan natif dari kawasan di Mediterranean dengan umur pokok sangat lama sehingga dilaporkan mampu hidup sehingga lebih 1,000 tahun. Tumbuhan ini boleh tahan dalam keadaan suhu panas, kemarau dan keadaan tanah yang  agak masin (high salinity) serta mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan dalam masyarakat sejak zaman kuno lagi. Buah ini pun merupakan sejenis buah yang telah ditanam dan digunakan sejak zaman purba Mesir lagi. Kehebatan buah zaitun telah di tulis dalam AlQuran iaitu 'Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat.(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)'. dan ayat ini '...yang dinyalakan dengan minyak yang banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (sahaja) hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api....' .  Ini uga  menunjukkan yang pokok dan buah zaitun merupakan sejenis tumbuhan yang sangat berguna.  Beberapa artikel dan buku yang saya baca menyatakan yang produk dari pokok ini telah diperdagangkan semenjak 2,000 - 3,000 tahun sebelum masihi lagi. Tumbuhan ini telah tersebar di kawasan Mediterranean, Afrika Utara dan Eropah kerana mudah dibiakkan dengan cara vegetatif dalam keadaan cuaca kering.

Beberapa kultivar dan varieti pokok zaitun yang terdapat diseluruh dunia dipilih semanjak beribu-ribu tahun dahulu. Daripada 39 negara yang menanam pokok zaitun seluruh dunia, sebanyak 19.6 metrik juta metrik tan buah zaitun dihasilkan pada tahun 2011 (Laporan FAO Statistik 2011). Varieti yang ditanam bergantung kepada kesesuaian tanah, iklim dan pengurusan selain daripada keperluan pasaran. Berikut adalah 25 kultivar (Rujukkan dan adaptasi dari sumber Wikipedia) yang ada dilaporkan untuk dijadikan maklumat berguna kepada pembaca di Malaysia.


Buah zaitun varieti 'Amfissa' di Greek.
1) AMFISSA
Kultivar ini berasal dari negara Greek yang dikenal pasti dari daerah bernama Amfissa (Tengah Greek) dan jugan dekat dengan bandar Delphi. Jenis ini mendapat perlindungan dibawah (PDO status) dan sangat baik kualiti ekstrak minyak. Pada masa ini dilaporkan terdapat sebanyak 1,200,000 pokok olive jenis ini yang dilindungi sebagai landskap semulajadi dinegara tersebut.


Arbequina olives - coklat bila masak.
2) ARBEQUINA
Varieti ini adalah jenis buah kecil dan berwarna coklat apabila matang. Ia berasal dan banyak ditanam dikawasan Aragon serta Bandar Catalonia di Sepanyol. Jenis ini sangat sesuai untuk dimakan segar dan juga diekstrak untuki menghasilkan minyak zaitun.


Buah Zaiton 'Bari'
3) BARI ZAITOON
Jenis ini banyak ditanam dan berasal dari negara Pakistan. Ia baru sahaja didaftarkan dan masih belum banyak maklumat mengenainya.
Varieti 'Barnrea' di Israel.
4) BARNREA
Jenis ini berasal dan dibiakkan di negara Israel dengan dua kegunaan iaitu segar dan diproses. Ia merupakan varieti yang tahan dari serangan penyakit dan memberikan hasil tinggi. Minyak yang dihasilkan mempunyai baru harum yang kuat dan kini banyak ditanam di tiga negara sahaja iaitu Israel, Australia dan New Zealand.


Buah zaitun 'Bosana'
5) BOSANA
Varieti ini paling banyak ditanam di kawasan Sardinia di negara Itali. Itali menghasilkan sebanyak 3.182 juta metrik tan buah zaitun setahun dan merupakan negara kedua pengeluar buah zaitun didunia dengai nilau pengeluaran sebanyak USD 2.254 billion pada tahun 2011. Jenis ini hanya untuk diproses menjadi minyak sahaja.


Cornicabra varieties
6) CORNICABRA
Jenis ini berasal dari Bandar Toledo, Sepanyol yang menyumbangkan sebanyak 12% dari pengeluaran buah zaitun dalam negara tersebut. Ia ditanam untuk penghasilan  minyak.
Pokok zaitun varieti ''Dormant'.
7) DORMANT
Varieti Dormant ditanam di Turki sebagai buah zaitun berwarna hijau yang diproses untuk menghasilkan minyak. Turki menghasilkan sebanyak 1.750 juta metrik tan buah zaitun pada tahun 2011 (FAO Statistic) dengan kedudukan ke 4 terutama diseluruh dunia bernilai USD 1.40 billion.


8) EMPELTRE
Varieti ini berasal dari kawasan Pedrola, Aragon di Sepanyol. Ia adalah jenis buah zaitun bersaiz sederhana berwarna hitam yang boleh dimakan segar dan juga diproses menjadi minyak.



Buah zaitun jenis 'Frontioio'
9) FRANTIOIO / LECCINO
Kultivar ini berasal dari kawasan Tuscany di itali yang mnjadi bahan asas untuk industri minyak zaitun dinegara tersebut. Kini varieti ini telah banyak ditanam dibeberapa negara lain kerana ia mempunyai nilai tinggi dan rasa yang baik iaitu manis sedap.


10) GEMLIK
Ini adalah varieti dari kawasan bandar Gemilk di Turki. Ia mempunyai saiz buah yang kecil dan sederhana dengan warna kehitaman apabila masak. Ia mengandungi minyak yang tinggi dan sering digunakan dalam sajian sarapan pagi di negara tersebut. Isinya agak mudah dikupas berbanding dengan varieti lain daripada bijinya.
Varieti 'Hojiblanca' di Sepanyol.
11) HOJIBBLANCA
Varieti ini juga berasal dari Sepanyol iaitu dikawasan Cordoba iaitu satu daripada kawasan utama penanaman pokok zaiton. Minyak yang dihasilkan berkualiti tinggi walau pun ianya mempunyai rasa sangat pahit.


Buah zaitun jenia 'Hondroelia Halkidkis'
12) HONDROELIA HALKIDKIS
Jenis ini berasal dari kawasan Haldkidiki atau juga digelar sebagai 'hondro-thick' atau 'donkey-olive' yang banyak terdapat di utara negara Greeek. Buahnya berwarna hijau den mempunyai rasa sangat pahit.

13) IZMIR SOFRALIK
Pokok jenis ini berasal dari Turki yang ditanam untuk menghasilkan minyak zaitun. 



Buah zaitun 'Kalamata'
14) KALAMATA
Varieti ini berasal dari negara Greese yang mempunyai saiz buah yang besar dan berwarna hitam., Ia banyak ditanam dikawasan Kalamata yang mempunyai rasa seperti daging dan licin kulitnya. Kegunaan selain daripada untuk hasilkan minyak adalah untuk dibuat wain, cuka dan juga kegunaan harian  
(table olive). Varieti ini mendapat perlindungan dari PDO (Persatuan Olive Dunia).


Pokok Zaiton 'Koroneiki'.
 15) KORONEIKI
Ia berasal dari bandar Koroneiki, Pelopponese dan Mani dinegara Greece. Buahnya kecil dan agak sukar untuk ditanam tetapi mampu menghasilkan buah yang banyak dan varieti ini mempunyai kualiti minyak unggul.


Begitulah sebanyak 25 varieti pokok zaitun yang dapat saya kutip maklumat untuk anda semua. Pokok ini memang telah beribu-ribu tahun ditanam semanjak zaman purba Mesir lagi dan pastinya telah banyak aktiviti biakbaka dijalankan. Kita di Malaysia memang kurang kenal akan pokok ini yang telah menyumbangkan industri bernilai lebih dari USD 15.7 billion setahun. 

 sumber
 
Copyright © 2013 D Kebun
Blogger Template Free Download. Powered byBlogger