Penyakit yang sering menyerang pada pokok buah-buahan ada dari jenis yang sama dan ada yang berbeza-beza bergantung kepada jenis dan varieti pokok buah tersebut. Antara penyakit yang akan dibincangkan ialah seperti Penyakit Cerana, Hawar Daun Rhizoctonia, Bintik Daun Cercospora, Cendawan angin, Antraknos, Kulapok Berdebu, Kulapuk Hitam, Cerana Batang , Bintik Hitam Bakteria, akar Putih, Daun kerekot, Reput akar, Penyakit Sigatoka, Layu Panama dan sebagainya. Bahan terbitan Jabatan Pertanian yang diterbitkan pada 2006 untuk pegawai pengembangan dijadikan bahan rujukkan utama disamping beberapa kursus disgnostik penyakit tanaman yang saya hadiri dan pengalaman semasa lawatan keladang buah-buahan.
a) PENYAKIT BENGKAK CERANA

b) HAWAR DAUN RHIZOCTONIA

c) BINTIIK DAUN CEPHALEUROS
Bintik daun ini disebabkan oleh kulat Cephaleuros virescens yang menyerang tanaman Durian, Belimbing dan pokok Limau. Simptom serangan pada pokok durian apabila dilihat tompok2 perang kemerahan yang berupa baldu pada permukaan daun dan ranting. Daun kemudian menjadi kering dan gugur. Bagi pokok belimbing pula, simptom serangan apabila batang membengkak, retak2 dan seterusnya daun boleh gugur serta mati rosot pada batang. Bahagian pucuk belimbing yang diserang juga diselapui dengan tompok2 alga. Bagi pokok limau serangan penyakit ini pada dahan dan buah dengan bertompok2 kemerahan di permukaan. Kawalan penyakit ini dengan amalan pertanian baik atau menggunakan racun kuprum mengikut label.
d) CENDAWAN ANGIN

e) ANTRAKNOS

f) KULAPOK BERDEBUPenyakit kulapok berdebu yang menyerang rambutan disebabkan oleh kulat Oidium nephell. Simptom serangan apabila kelihatan miselium menyelaputi buah dan dikawal dengan membuat cantasan pokok agar lebih banyak pengudaraan dan mendedahkan kepada cahaya matahari. Penggunaan racun kimia ikut label.
g) KULAPOK HITAM

h) CERANA BATANG
Penyakit cerana batang menyerang pokok Rambutan disebabkan oleh Dolabra nephellae yang menyerang bahagian batang pokok rambutan. Simptom penyakit dengan adanya keruping yang bengkak pada dahan dan ranting. Kawalan penyakit ini dengan menjalankan amalan pertanian yang baik dan memberi pengudaraan yang baik serta kikis semua keruping yang ada.
i) BINTIK HITAM BAKTERIA

j) AKAR PUTIHPenyakit akar putih menyerang tanaman Belimbing (Avverhoa carambola) yang disebabkan oleh Kulat Rigidoporous lignosus. Serangan pada daun yang akan menjadi layu. Bahagian akar akan kelihatan berbenang2 rizomorf berwarna putih di permukaannya. Pnyakit ini dikawal dengan membuang akar yang diserang dan kawasan tanah yang diserang disiram dengan racun kulat. Jika serangan sampai tahap teruk maka pokok belimbing hendaklah dicabut dan dibakar bersama-sama akarnya sehingga musnah.
k) BINTIK DAUN CERCOSPORA
Penyakit bintik daun cercospora menyerang tanaman belimbing yang disebabkan oleh kulat Cercospora avverhoa. Simptom serangan ialah ujudnya bintik2 daun nekrotik kemudian bintik2 ini akan bercantum. Bahagian tengah daun akan berbintik putih kelabu manakala bahagian tepi gelap dikelilingi oleh tisu klorotik. Serangan teruk mengakibatkan daun muda pokok belimbing akan gugur. Kawalan menggunakan racun kulat asas kuprum.
l) DAUN KEREKOTPenyakit daun kerekot atau Daun Berumpun menyerang tanaman betik (Carica papaya) disebabkan oleh sejenis kulat iaitu Cladosporium oxysporium. Serangan penyakit ini hanya terdapat pada betik Eksotika dibahagian pucuk betik. Simptom serangan dimana pucuk kelihatan cacat dan terdapat bintik daun berlubang berukuran 1-3 cm. Pada daun tua akan kelihatan bintik perang dan daun akan kerekot. Jika serangan terlalu teruk akan tinggal tangkai daun sahaja dan pokok betik akan bantut dan buah menjadi kecil. Kawalan menggunakan racun serangga untuk kawal kutu thrips yang membawa penyakit ini.
m) REPUT AKARPenyakit Reput Akar disebabkan oleh kulat Phythopthora parasitica atau Phythopthora palmivora yang menyerang tanaman Betik. Tanda serangan apabila daun muda mnenjadi layu dan daun tua menjadi kuning kemudian akan patah terkulai disekeliling batang sebelum ianya jatuh. Pokok betik yang diserang tidak tahan kemarau dan senang tumbang apabila ditiup angin. Kawalan dengan amalan pertanian baik.
n) PENYAKIT SIGATOKA

o) PENYAKIT PANAMA

p) KANKER LIMAUPenyakit kanker limau menyerang tanaman limau yang disebabkan oleh Xanthomonas citri. Simptom serangan apabila terdapat bintik2 atau luka brbentuk bulat dan terbenam bulat dibahagian daun, ranting dan buah. Pada kedua permukaan daun dikelilingi lingkaran berwarna kuning tetapi daun tidak berkerekot. Kecederaan pada buah tidak menembusi kebahagian dalam ini. Terdapat tompok2 keruping pada ranting yang diserang. Kawalan dengan menggunakan tanaman cantuman menggunakan bahan penanti dari jenis tahan penyakit. Buat cantasan bahagian yang diserang serta petik buah yang diserang dan musnahkan. Gunakan racun kulat yang sesuai.
q) REPUT AKAR
Reput akar menyerang tanaman limau disebabkan oleh Phythopthora nicotiane. Simptom serangan adalah dimana bahagian akar diserang bermula dari pangkal pokok merenak kebahagian lain akar. Daun akan menjadi kuning dan kemudiangugur. Ranting akan mati rosot. Kawalan dengan mempastikan saliran dikawasan kebun dan gunakan benih tanaman yang gunakan pokok penanti yang tahan serangan. Gunakan racun kulat mengikut label.
r) KERUPING
Keruping terdapat pada tanaman limau yang disebabkan oleh Eisinoe fawcett. Keruping menyerang bahagian daun, ranting dan buah dimana terdapat tanda cedera dan berwarna coklat kekuningan. Daun yang teruk diserang akan kerekot dan terbantut. Buah akan terbantut dan ada keruping. Kawalan dengan racun kulat yang sesuai.
Artikel ini memberikan maklumat teknologi mengenai simptom serangan dan beberapa kaedah kawalan yang sesuai. Bagaimana pun pemeriksaan dan 'confirmation' perlu dilakukan di makmal untuk mempastikan punca penyakit sebenarnya dan cara-cara kawalan yang betul. Penggunaan racun hanya satu kaedah kawalan dan dalam pendekatan Kawalan Bersepadu serta Amalan Pertanian Baik (APB-GAP) perlu dijalankan.