BREAKING NEWS

Pokok Zaitun

Teknologi

  • Teknik Cara Semaian Keratan Batang/Cutting Pokok Tin/Fig

  • Jiffy 7 Sebagai Media Tut

  • Pembiakan Tanaman Pokok Tin - Cantuman Mata Tunas

  • Teknik Menanam Pokok Pisang dari Petani Thailand

  • Teknologi Pertanian Terbaru TUBEPLOT

  • Baja

    Kegunaan Hydrogen Peroxide (H2O2) Sebagai Bahan Antimikrobial

    Hydrogen perexoxide (H2O2) ialah sebatian kimia yang pada masa ini banyak digunakan sebagai bahan pemuteh (bleaching agent) atau bahan antimikrobial (disinfectant).  Dalam bentuk tulen, ianya tidak berwarna dan lebih pekat daripada air.   Untuk keselamatan semasa pengendalian hydrogen 
    peroxide dijual dalam larutan air.

    Bahan ini dianggap bahan antimikrobial yang efektif dan selamat.  Ianya menghapuskan mikroorganisam dengan proses oxidasi atau juga disebut pembakaran terkawal.  Apabila HP bertindak dengan bahan organik, ianya terurai menjadi oksigen dan air.
    Bagi tanaman tin, bahan kimia ini banyak digunakan untuk merawat pokok yang dijangkiti penyakit seperti bakteria, fungus atau virus.  Kaedah penggunaan ialah dengan membasahi kawasan yang terkena serangan organisma mikrobial ini.
    Kepekatan BP yang terdapat difarmasi biasanya 6%.  Sebatian ini boleh digunakan terus atau dilarutkan lagi ke tahap 3%.  Untuk melarut ke tahap 3%, campurkan larutan 6% HP dengan isipadu yang sama dengan air bersih.

    Sebagai contoh, untuk mendapatkan larutan 1000 ml larutan 3%, ambil 500 ml larutan HP 6% dan campur dengan 500 ml air bersih.
    Bahan bacaan lain: Kegunaan lain hydrogen pereoxide
     
    Copyright © 2013 D Kebun
    Blogger Template Free Download. Powered byBlogger