BREAKING NEWS

Pokok Zaitun

Teknologi

Baja

Pembiakan Tanaman Pokok Tin - Cantuman Mata Tunas

Grup FB Tin Oh Tin bertuah kerana mempunyai seoarang ahli dari negara jiran Thailand yang sudi berkongsi maklumat yang berkaitan dengan pembiakan bahan tanaman bersama ahli digrup Tin Oh Tin ini.  Pada kali ini beliau telah berkongsi pula teknik membuat cantuman mata tunas. Teknik ini amat berguna bagi mereka yang ingin membuat cantuman mata tunas varieti terpilih kepada pokok penanti anak biji atau dengan pokok ara yang banyak terdapat dinegara kita. Terima saya ucapkan kepada Tn. Es BNiksyid Abu



1.  Pilihan mata tunas yang subur

2.  Buat kelaran disekeliling mata tunas 
yang ingin diambil

3.  Buah kulit pada pokok penanti
(saiz hendaklah sama kepingan mata tunas)

4.  Lap getah yang terkeluar dengan tisu
bersih

5.  Cungkil mata tanas dengan cermat 
(sebaiknya bahagian bawah tidak disentu)

6.  Pastikan kepingan kulit tidak rosak

7.  Mata tunas yang telah berjaya
di ambil (pastikan mata tunas bahagian
dalam tidak tercemar / sentuh dengan tangan)

8. Letak pada ruang pokok penanti yang
kulitnya telah dibuang (saiz hendaklah sama
besar)


9. Balut dengan plastik pembalut mata tunas
dengan kemas / padat 

 10.  Hanya tinggalkan mata 
tidak dibalut
11.  Buka plastik apabila mata tunas telah
tumbuh dengan sempurna

12.  Mata yang telah besar

13.  Pokok cantuman telah pulih sepenuhnya dan
sedia untuk dipindahkan ke ladang

Catatan

Keterangan gambar adalah berdasarkan kepada kefahaman saya  dan perbincangan dalam grup FB Tin Oh Tin.  Ianya mungkin tidak sama dengan keterangan asal dalam bahasa Thailand yang ada pada setiap gambar.  Kalau ada yang boleh terjemahkan, mohon bantu.

Sumber:-

TinOhTin.com


SELAMAT MENCUBA....
 
Copyright © 2013 D Kebun
Blogger Template Free Download. Powered byBlogger