Cara penjagaan pokok tin/fig mengikut pengalaman sy dan perkongsian
dengan kawan2 di internet dan hasil test dan expriment drpd kwn2 di
group tin Malaysia di facebook
Penyediaan medium
1. Sebelum menanam anak pokok yang dibeli . Sediakan medium yang
baik.pasu yg sesuai Minimum 10inci hingga 15inci dan 21 inci diameter
2. Saya hnya menggunakan tong cat 18liter dgn saiz 12inci iaitu 1 kaki .
3 Medium yang terbaik (hasil perkongsian dgn kwn2) ialah 1beg tanah
merah bakar nursery dicampur 2 beg tanah hitam kompos atau tanah hitam
campuran
4.Perkara yg paling penting dlm Penyediaan tanah medium ialah proses merehatkan tanah selama
2 minggu. Kenapa perlu rehatkn selama dua minggu? Kebiasaannya element2
dan unsur nutrients yg terkandung dlm tanah biasanya akan habis atau
selesai bertindakbalas atau selesai proses penguraian yang sempurna .
5. Selain proses merehatkn tanah .tahap/ nilai ph tanah jugak
perlu dititik beratkan. Menurut pembacaan saya di internet .nilai ph utk
tanaman fig yg optimum dan terbaik adalah pada nilai ph 6.3-6.5 utk
pertumbuhan akar dan daun yang baik.
6. Cara mudah utk menentukan nilai ph medium to kita ialah dgn
menggunakan kunyit . Atau dengan menggunakan ph soil meter or tester
(murah rm35 china).( japan rm350) sekiranya xada alat tersebut. Cara
alternatif ialah dgn menggunakan kunyit.
Rujukan
Pejabat Pertanian Daerah Kapar
Rujukan
Pejabat Pertanian Daerah Kapar
7. Pastikan saliran air sgt2 berkesan dan
Baik
8. Siram 2 hari sekali untuk neutralkan ph dan memeriksa tahap saliran air dlm pasu.
9. Sedikit maklumat tambahan . Saya gunakn kulit kerang setebal 4 to 5
inci pada bahagian bawah dalam pasu sebelum saya masukkan medium tanah
.Insyallah saliran air dlm pasu menjadi lebih baik. Kaedah ni jgk dpt
mengelakkan hujung akar pokok matang menjadi cepat rosak akibat berada
pada temporary kelembapan yang lama
Klik disini Buat Tanah Kompos Sendiri
Pemilihan Benih
1. Perkara ini sebenarnya subjektif .tapi sy cuba senaraikan beberapa variety pilihan untuk beginner yg rajin berbuah .sedap dan mudah dijaga.
- Khurtmani/red israel
- Tena
- Brownturkey
- Purple jordan/purple yordan
- Btm6 Hybrid
- Texas everbearing
- Brunswik/ Yellow wuhan
- Negrune
- Conadria
- Xinjiang
- Lsu gold
- Maria
- Taiwan Golden fig
- Masui dauphine
2. Menyemai keratan fig ada banyak kaedah.
- Semaian konvesional Menggunakan tanah dirawat.
- Semaian menggunakan cocopeat/sabut kelapa hancur.
- Semaian menggunakan larutan hormon
- Semaian menggunakan kompos daun reput.
- Semaian menggunakan beg plastik
- Semaian menggunakan wap air dlm bekas tupperware.
- Semaian menggunakan kotak polistrin
- Semaian menggunakan perlite
- Semaian menggunakan tisu lembab
- Semaian menggunakan sekam bakar
Semua kaedah semaian ini berkesan sekiranya unsur2 kulat / fungus, bakteria, gnat Dan nematode dalam di elakkan dan dihapuskn semasa proses /rooting dilakukan.
Selain itu kelembapan medium semaian sgt2 penting agar bantang
dan akar tidak busuk dan rosak.. skala kelembapan ialah 1 hingga 3 (
kering 0 < > 10 sgt basah)
Tips : semai keratan secara sendeng atau secara mendatar.
Pada kebiasaanya semaian fig mengambil 3 hingga 4 minggu .bergntung
kepada tahap kesegeran , keadaan keaktifan sel .saiz dan umur .dan
nutrients sedia ada dlm keratan tersebut.
Setelah akar muncul dan byk .kita perlu pasti bahawa akar tersebut
benar2 kuat dan matang. Biasanya akar yg muda berwarna putih dan akar yg
mulai matang berwarna kekuningan gelap . Akar yg paling matang ialah
berwarna coklat kehitaman.
Fasa akar muda
Fasa akar separa matang
Proses memindahkn anak semaian
Setelah anak semaian sudah sedia utk dipindahkan. Medium tanaman
sepatutnya di sediakan 2 minggu sebelum memindakan . Tanah yg tidak di
rawat atau tanah yg baru dibeli kadangkala mempunyai masalah sehingga
menyebabkn anak pokok semaian mati.
Antara sebab utama ialah tanah baru
1. Kandungan baja yang terlalu tinggi
2. Proses penguraian kompos belum lengkap